BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 3, 2011

Solat!

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum wbt.....

Wahai jiwa yg lalai....Bacalah dgn nama Tuhanmu!!!

Ketahuilah.....
  Sembahyang itu diibaratkan seperti seorang raja yg menghadiri majlis kenduri dan merasai pelbagai rasa dan warna makanan mahupun minuman.Begitu juga dgn solat kita.Allah telah menyediakan pelbagai bentuk pergerakan dan zikir.Pergerakan itu bagaikan makanan sementara berzikir pula ibarat minuman yg menjadi juadah kpd rohani yg sering meminta2 untuk diisi....
Rasulullah SAW pernah bersabda yg b'maksud:"Sembahyang 5 waktu itu seumpama sebatang sungai yg mengalir dimuka pintu rumah dimana manusia mandi disitu sbnyk 5 kali sehari"(Hadis Sahih).Ini beerti solat yg sempurna membersihkan diri drpd segala dosa2 kecil.

Mari kita renungkan bersama.....
  Rasulullah SAW dan sahabat2nya menggunakan pelbagai cara untuk mencapai kesempurnaan solat.Diriwayatkan bahawa Baginda pernah b'sembahyang dgn memakai baju hitam bergambar yg diberikan oleh Abu Jahm.Setelah selesai solat,Baginda terus menanggalkannya lalu b'sabda:"Kembalikan baju ini kpd Abu Jahm.Baju ini telah mengalihkan perhatianku drpd b'sembahyang.Tukarkan dgn baju Abu Jahm yg tidak bergambar..."
Ini merupakan satu langkah untuk mengosongkan fikiran drpd perkara2 yg boleh menganggu kekhusyukkan Baginda sewaktu menunaikan solat.Ketika kita mendirikan solat,anggaplah bahawa dgn sembahyang itu kita mengucapkan selamat tinggal kpd dunia.Sabda Rasulullah SAW:"Bersembahyanglah kalian seolah-olah sembahyang org yg mengucapkan selamat tinggal kpd dunia..."
 Kekhusyukkan dlm solat dan diluarnya akan timbul hasil dari kesedaran tentang kekurangan diri sbgai hambaAllah SWT....Sebagai contoh khusyuk diluar solat ialah diriwayatkan tntg seorg yg tidak pernah mendongakkan wajahnya kelangit disebabkan terlalu malu dan takutkan Allah.
  Antara perkara utama yg perlu dilakukan ialah sembahyang mengikut waktunya.Sebagaimana firman Allah SWT:"Sesungguhnya sembahyang itu adalah suatu kewajipan yg telah ditentukan waktunya terhadap org beriman..."(Surah An-Nisa'-103)

Wallahua'lam....
Ayuh!Segerakanlah solatmu kerana gerak badan yg disertai kelalaian hati yg sngt merugikan di HARI AKHIRAT.....

0 comments: