BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 17, 2011

Kaifa Haluk,Mujahidku?

Apa khabar mujahidku?

Sihatkah?

Berat rasanya kelopak mataku tertutup.

Bagaimana dengan kamu?

Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir?

Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai mujahidku......

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu......

Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang.

Dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi, sayang..

Kadang – kadang aku berfikir,

apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku?

apa nanti kau sudi mengimamkanku?

Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?

Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara,

untuk menghadapNya?

Mujahidku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan

merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Mujahidku sabar dan tenanglah.....

Aku disini masih bersabar menanti mu.....

Hatimu tidak terluka kan?

Senyumlah sayang.....

Kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita...

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.....

.....dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya.

Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja.....

Mujahidku, aku rindu.....

Bilakah kita akan bertemu?

Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu.

Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu.

Hati ini kosong....

....dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan

membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Mujahidku…..

Adakah kau juga rindu padaku?

Bagaimana dengan Quran mu?

Sudahkah kau baca diantara Maghrib dan Isyak?

Apa yang kau fahami dari surah itu?

Ceritakanlah kepadaku..

Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu,

aku sedia mendengarnya....

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang?

Semakin baikkah?

Aku berharap seperti itu, mujahidku..

Disetiap langkahku dan selesai solatku..

Ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..

Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..

Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

mujahidku....

Nantilah aku, dengan pelbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita,

Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.

Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Mujahidku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku.

Dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu…

....dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu..

Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Mujahidku....

Kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa,

Begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…

Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar.

Amin…

Mujahidku....

Ingatlah sayang..

aku selalu ada untukmu..

Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.

Salam sayang dariku untukmu~



Subhanallah!
walaupun hanya copy n paste daripada blog seorang sahabat,
tapi....
ya Allah,aku berharap aku akan mendapat seorang mujahid yang
sentiasa dekat denganMu,dan yang akan membawaku bersamanya ke-JannahMu~


Sunday, February 27, 2011

Apakah Ubat Penyakit Dosa ??

Bismillahirrahmanirrahim...

 hmm...setiap penyakit pasti ada ubatnya kan??
erm,mcmmane pulak ubat bagi penyakit dosa ni yer??
nak tahu tak??
mari ana nak ceritakan...

mula2,seseorang tu hendaklah tinggal dikebun IMAN.
kemudian,dia kena ambil akar2 NIAT dan bijirin PENYESALAN didlm kebun itu.
Lepas tu,ambil pula daun2 MEMPERBAIKI DIRI dan AZAM,
taburlah biji WARAK,buah FEQAH,dahan2 YAKIN,
saripati IKHLAS,dan kulitnya IJTIHAD.

hehehe...langkah seterusnya,
seseorang itu perlu ambil akar2 TAWAKAL,sempurnakan dgn IKTIBAR,
minumannya air TAUBAT dan ubat TAWADHU'.
Ubat2 itu hendaklah diambil oleh hati yg WASPADA,HADIR dan FAHAM.
Peganglah TAUFIK,kemudian ditempatkan didlm bekas TAHKIK dan
hendaklah dibasuh dgn AIR MATA.

Lepas itu,letakkan didlm periuk HARAPAN,kemudian nyalakan api RINDU
dibawahnya sehingga timbullah buih2 NIKMAT yg banyak.
Setelah masak,tuangkan ia didalam dulang REDHA dan
kipaslah dgn ISTIGHFAR.

Dengan demikian,engkau akan mendapat minuman yg sngt
jernih,asli,dan sedap.
Akhirnya,minumlah air itu ditempat yg sunyi yg
tidak seorang pun melihatnya melainkan Allah SWT.
Dengan cara itu,seseorang boleh mengubat dosanya
sehingga sembuh dan habis terkikis...





Wallahua'lam.... (^_^)<3

Saturday, February 19, 2011

Erti Persahabatan

Bismillahirrahmanirrahim...


Dalam dunia ini,kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dlm kita bersendiri,kita beruntung kerana mempunyai
seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat,begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tntg harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita,itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela
diri.
Kita terlupa,kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,
kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan,'memaksa' dia menerima alasan kita.
Waktu itu,terfikirkah kita tentang perasaannya ???
Seperti kita,dia juga tahu rasa kecewa,tetapi kita sering
terlupa.Untungnya mempunyai seorang sahabat yg
sentiasa disisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa
dan ketakutan,harapan dan impian kita luahkan,
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang
diri kita hingga terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin
dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya ???
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia
pernah menyabarkan kita ??
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan
dan berita gembiranya ??
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita
merasa kecewa dan menyerah kalah ??

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila
terasa lemah,agar tidak rebah ??
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan??
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hnya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita,
kerana dia juga seorang manusia,dia juga ada rasa takut,
ada rasa...bimbang,sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan sahabat
sebagai kekuatan.
Jadilah kita sahabatnya itu.Kita selalu melihatnya ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,mungkin bnyk cerita sedih yg
ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin
tersimpan seribu kekalutan.
Kita tidak tahu....tetapi,jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu....Renungilah~



*Terima kasih padamu sahabatku...maafkanlah diriku
  kerana selalu tersilap tafsir terhadap dirimu...Sayang kamu sahabatku...

Wednesday, January 12, 2011

Ayah


Assalamualaikum....
Harini ana ingin bercerita tentang arwah ayahanda ana yg sngt  ana sayangi iaitu Abdullah @Zakaria bin Seman.Dua tiga harini,ana selalu teringatkan ayahanda ana...xtahula knape...atau,ayah ana sedang menunggu ana??dan bila ana teringatkan ayah,ana mesti nangis..ana sedih sngt bila dapat tahu ayah ana meninggal dulu..masa tu,ana darjah 5...dan ana dah rasa perasaan kehilangan seseorang yg sngt disayangi..Dulu,ayahla tempat ana bermanja..ana selalu minta duit dgn ayah ana kalau nk beli apa2..dan ayah ana selalu bagi dan xpernah bantah atau marah2.Ayah ana jugak selalu pergi hantar n ambil ana pulang dari sekolah..walaupun ayah ana sakit,dia xpernah nak tunjuk rasa sakit dia tu dpn anak2nya...dan dialah yg selalu beri semangat untuk ana,kakak2 n abg2 ana untuk terus belajar n terusss berusaha untuk berjaya...Antara mak n ayah ana..dgn ayahla ana paling rapat,..sbb dulu,mak ana berniaga,jadi mak ana sibukla skit...jd,ayah ana la tmpt untuk ana mengadu segala perkara..tp,sekarang...ayahanda ana sudah tiada lagi...beliau telah pergi menghadap Tuhan Yang Maha Esa...
Ya Allah,tempatkanlah ayahandaku dikalangan orang2 yg berIman...Amin Ya Allah...



lagu ni ditujukan khas buat ayahandaku yg telah pergi menghadap Ilahi...
Ayah,adik rindu sngt kat ayah....

Monday, January 10, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...b'syukur sngt2 kpdMu,Ya Allah...
syukran jazilan juga kpd raidah baru 3 Khadijah 4....
syukran kathir ya sodiqoti....
ana xjadi raidah dah!yeay!bebas skit...
dan ana telah minta tawaran untuk jd dhabitah n maktabah....
minta2la boleh jd....kalau xdapt jadi dhobitah pun,jadi maktabah pun kira
bersyukur sngt....doakan ana ya sahabat2ku...

syukran jazilan~
very happy now!

Sunday, January 9, 2011

Penat!

Assalamualaikum...

harini,1st time ana tulis psl diri ana sendiri...
hurmmm.....(mengeluh panjang)....ana tahu,kita xbaik mengeluh kan??
tp,nk buat mcmmane lg??
penatnye jd raidah ni.....penatttt sesangat222....kena buat itu,kena buat ini...
Ya Allah,hnya ana dan Allah saje yg tahu betapa penatnye diriku ini....
mcmmane ana boleh jd raidah??
erm,entahla...kwn ana yg calonkan ana untuk jd raidah...ana pun xsangka ....
ana tak nak jadi raidah...xnak!!!!dan ana xboleh!!!ana xlayak untuk jadi raidah...
ana takut....ana takut kalau2 ana xboleh jalankan tanggungjawab@amanah yg telah diberikan oleh ana...
ana takut....takut sngt....
selain tu,ana b'hajat nk jd dhabitah disekolah ana...tp,xtahula boleh jadi ke tidak...
ana rase,tugas dhabitah lagi senang drpd tugas raidah ni....
dhabitah hnya menjlnkn tugas yg diberi...
tp,raidah??semua dia je yg kena buat...huhu...sedih n penat sngt2...

nanti kita tunggu dan lihat....apa ana akan kekal jd raidah @ tidak??
tp,buat setakat ni,ana akan cuba untuk jd raidah yg baik dan menjlnkan tanggungjwb yg diberi...
Ya Allah,bantulah hambamu ini dlm segala urusan....

Monday, January 3, 2011

Solat!

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum wbt.....

Wahai jiwa yg lalai....Bacalah dgn nama Tuhanmu!!!

Ketahuilah.....
  Sembahyang itu diibaratkan seperti seorang raja yg menghadiri majlis kenduri dan merasai pelbagai rasa dan warna makanan mahupun minuman.Begitu juga dgn solat kita.Allah telah menyediakan pelbagai bentuk pergerakan dan zikir.Pergerakan itu bagaikan makanan sementara berzikir pula ibarat minuman yg menjadi juadah kpd rohani yg sering meminta2 untuk diisi....
Rasulullah SAW pernah bersabda yg b'maksud:"Sembahyang 5 waktu itu seumpama sebatang sungai yg mengalir dimuka pintu rumah dimana manusia mandi disitu sbnyk 5 kali sehari"(Hadis Sahih).Ini beerti solat yg sempurna membersihkan diri drpd segala dosa2 kecil.

Mari kita renungkan bersama.....
  Rasulullah SAW dan sahabat2nya menggunakan pelbagai cara untuk mencapai kesempurnaan solat.Diriwayatkan bahawa Baginda pernah b'sembahyang dgn memakai baju hitam bergambar yg diberikan oleh Abu Jahm.Setelah selesai solat,Baginda terus menanggalkannya lalu b'sabda:"Kembalikan baju ini kpd Abu Jahm.Baju ini telah mengalihkan perhatianku drpd b'sembahyang.Tukarkan dgn baju Abu Jahm yg tidak bergambar..."
Ini merupakan satu langkah untuk mengosongkan fikiran drpd perkara2 yg boleh menganggu kekhusyukkan Baginda sewaktu menunaikan solat.Ketika kita mendirikan solat,anggaplah bahawa dgn sembahyang itu kita mengucapkan selamat tinggal kpd dunia.Sabda Rasulullah SAW:"Bersembahyanglah kalian seolah-olah sembahyang org yg mengucapkan selamat tinggal kpd dunia..."
 Kekhusyukkan dlm solat dan diluarnya akan timbul hasil dari kesedaran tentang kekurangan diri sbgai hambaAllah SWT....Sebagai contoh khusyuk diluar solat ialah diriwayatkan tntg seorg yg tidak pernah mendongakkan wajahnya kelangit disebabkan terlalu malu dan takutkan Allah.
  Antara perkara utama yg perlu dilakukan ialah sembahyang mengikut waktunya.Sebagaimana firman Allah SWT:"Sesungguhnya sembahyang itu adalah suatu kewajipan yg telah ditentukan waktunya terhadap org beriman..."(Surah An-Nisa'-103)

Wallahua'lam....
Ayuh!Segerakanlah solatmu kerana gerak badan yg disertai kelalaian hati yg sngt merugikan di HARI AKHIRAT.....