BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 26, 2010

Cinta Teragung - Mestica

Saturday, December 25, 2010


Cute Graphics

Monday, December 20, 2010

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita


Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat "

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab : Ayat 71)


Teman

Salamun'alaiQ,
Temanku sekelian,
Sekian lama telah ku nanti saat ini,
Sabar dan redha menjadi pendampingku setiap kali hadir emosi itu,

Teman,
ku berdoa agar kau fahami segala yang tersurat di hati ini,
Namun sering kali ku terbenam
dalam kekalutan dan keresahan
kerana sesungguhnya kau akan megerti nanti,

Teman,
Harapanku agar kau bahagia selalu,
doa dan tulus hati ini sentiasa menginginkan semangat jihadmu tetap abadi,

Temanku,
maafkan aku kerana tidak ada upaya untuk terus disisimu,
Dalam mencari bening-bening taQwa,
Aku sendiri terpenjara dalam dunia ciptaan sendiri,

Temanku,
Ketahuilah,aku masih setia disini,
Menanti ...
Dan menunggu saat dan waktu
untuk bersama kita tarbiyah dan fahami
erti sebuah perjuangan yang menuju cinta haQiQi dan Abadi,

Pintaku,
Teruskan perjuangan,
Jangan sesakali kau berhenti,
IstiQamahlah dan tegarlah
menghadapi segala cabaran dalam kehidupan ini.

Akhirnya,
Saat yang ku pasti nanti tiba jua,
Walaupun kini tak seindah dulu,
tapi ku bersyukur,
kerana penghujungnya,impian dan mimpiku
menjadi kenyataan dan ketahuilah,
keyakinanku tak pernah pudar..

Salam ukhwahfillah buatmu teman2ku,

Gerakkan langkahmu bersama,
Doa dan harapan tinggi agar terus berada di atas arena perjuangan suci ini.

"jadilah bunga yang terpelihara,kerana mahligai syurga itulah tempatnya..."

Tak Sanggup 8,buat 8

Assalamualaikum...
Sesiapa yg tdk sanggup mengerjakan lapan,maka hendaklah dia berbuat lapan macam untuk mencapai pahala yg lapan,iaitu:



1.sesiapa yg ingin pahala solat malam sedangkan dia tertidur,maka jgnlah berbuat maksiat pd siang hari.
2.sesiapa yg inginkan pahala org yg berpuasa sunat,padahal dia tidak berpuasa,maka hendaklah dia menjaga lidahnya.
3.sesiapa yg inginkan kelebihan ulama',maka hendaklah dia suka berfikir.
4.sesiapa yg ingin mendptkan kelebihan pahala org yg berjihad,sedangkan dia duduk didlm rumahnya,maka hendaklah dia melawan syaitan(nafsu).
5.sesiapa yg ingin dptkan pahala sedekah,maka hendklah dia mengajar kpd org lain apa yg telah dia dgr dari ilmu agama.
6.sesiapa yg ingin dptkan pahala haji,sedangkan dia tidak berkuasa,maka hendaklah dia sentiasa sembahyang berjemaah.
7.sesiapa yg ingin mencapaifadhilat org ahli ibadat,maka hendaklah dia memperbaiki persengketaan org dan jgn menimbulkan sengketa diantara mereka.
8.sesiapa yg ingin mencapai pahala org2 abdaal,maka hendaklah menekan dadanya dan redha untuk kawannya apa yg dia redha untuk dirinya sendiri.

Keajaiban Al-Quran



Assalamualaikum....hari ini,ana ingin berkongsi sedikit mengenai keajaiban Al-Quran Al-Karim.

Bismillahirrahmanirrahim...
Dr.Tarig Al Swaidan telah menemui perkataan2 dislm Al-Quran yg disebut dlm bilangan yg sama dlm pasangan perkataan lawan untuknya.Contohnya:Lelaki 24-perempuan 24
Selepas e2,beliau naik semangat dan terus menyiasat lagi dan menjumpai perkataan2 berikut:

------> Dunia 115=Akhirat 115
------>Malaikat 88=Syaitan 88
------>Hidup 145=Mati 145
------>Untung 50=Rasuah(Rugi) 50
------>Umat(org ramai) 50=Para Rasul 50
------>Iblis 11=Berlindung dari iblis 11
------>Musibah 75=Kesyukuran 75
------>Sedekah 73=Kepuasan 73
------>Manusia yg sesat 17=Manusia yg mati 17
------>Muslimin 41=Jihad 41
------>Emas 8=Hidup yg mudah 8
------>Ajaib 60=Fitnah 60
------>Zakat 32=Barakah 32
------>Akal 49=Nur(cahaya) 49
------>Lidah 25=Khutbah 25
------>Berckp kpd khalayak 18=Mengheboh kpd ramai 18
------.>Kesusahan 114=Kesabaran 114
------>Muhammad SAW 4=Sharee'ah(ajaran Nabi Muhammad) 4
------>Lelaki 24=Perempuan 24

Lebih ajaib lg,lihat ini:Solat 5,Bulan 12,Hari 365
Lautan 32,Daratan 13=Laut+Darat=32+13=45
Laut=32/45x100=71.11111111%
Darat=13/45x100=28.88888889%
Laut+Darat=100.00%

Sains moden pula menemui bahawa air meliputi 71.111% dari Bumi,manakala tanah daratan pula meliputi 28.889%.Adakah ini satu kebetulan??

-Persoalannya bagi yg was2 atau mungkin mencurigai Al-Quran dan Islam adlh siapa yg mengajarkan semua ilmu itu9contohnya seperti berkenaan laut+bumi)kpd Nabi Muhammad SAW??Tidakkah cukup Al-Quran dgn mukjizat yg menduga akal pemikiran kita??Adakah kita masih mahu melanggar hukum2 didlm Al-Quran??Jelas jwpn keajaiban Al-Quran dtgnya dari Allah SWT yg diajarkan kpd Nabi kita,Muhammad SAW...


~Sesungguhnya org2 yg beriman e2 adalah mereka apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka,dan apabila dibacakan kpd mereka ayat2 Allah,bertambahlah Iman mereka kerananya dan kpd Rabb mereka,mereka mendirikan solat dan menyerahkan sebahagian dari rezeki  yg Kami berikan kpd mereka.Itulah org2 yg beriman dgn sebenar2nya.Mereka akan peroleh beberapa darjat disisi Rabb mereka,pengampunan dan rezeki yg mulia.~(Al-Anfal:2-4)


Subhanallah walhamdulillah,maha suci Allah...
Wallahua'lam













Kita Dulu dan Sekarang

Kita dulu tak ada,Allah buat kita ada
Kita dulu kecil,Allah buat kita besar
Kita dulu lemah,Allah buat kita kuat
Kita dulu bodoh,Allah buat kita pandai
Kita dulu buta,Allah bagi kita penglihatan
Kita dulu tak punya apa2,tapi Allah bagi kita harta
Kita dulu rendah,Allah yg tinggikan

Oleh sebab e2,dimana kita letak Allah disisi kita??
Sebut nama Allah,tak rasa apa2
Apa kita ingat dulu dan sekarang ni sama saja ke??
Memang susah nak ucap syukur
Untuk orang yg tak tahu menilai dulu dan sekarang,
Ingatlah,

Tiada
Kecil
Lemah
Bodoh
Buta
Tak punya apa2
Rendah

akan datang lagi dalam hidup kita,
Kalau mereka dtg lagi,kita nak cari dimana ubatnya??

~Renung2kanlah

Thursday, December 16, 2010

10 Amalan Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut di lakukan dan di tuntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah di lalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain atau apa yang telah di praktikkan sejak zaman nenek moyang kita. Perhatikan dan renungkan dengan teliti contoh amalan yang terbalik :
  • Amalan kenduri arwah beberapa malam yang di lakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian ( malam pertama, kedua, ketiga dan seterusnya ) adlah terbalik dengan apa yang di anjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah mengajurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah di timpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri itu khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang di tinggalkan oleh si mati atau harta sepeninggalan si mati yang belum di bahagikan kepada yang berhak menurut Islam??
  • Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin)..orang kerap salam berisi ( hadiah wang yang di beri semasa bersalam ). Kalau tak da duit nak di kepit dalam tangan, maka malu nak datang kenduri. Tetapi kalau ia menziarahi orang mati, tidak segan pula bersalam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarahi keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk di beri makan bukan untuk menambah pendapatan. ( tapi bagi org sekarang nih, kalau tak duit nk hulur, segan..memglah buat kenduri ni banyak guna duit n niat kita sedekah n ringankan beban..n jgn lah pula g ziarah org meninggal..tangan kosong je..jadikan sedekah itu satu amalan.. )
  • Ketika menghadiri majlis tertentu kita berpakaian cantik-cantik dan segak-segak belaka, tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahupun di masjid atau surau, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju..hanya berkain pelekat atau berseluar pendek..perlu ke berdepan dgn manusia itu kena berlebihan berbanding berdepan dengan Allah??
  • Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai tidak habis apa yang di hidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang di tuntut di banyakkan makan dan di habiskan apa yang di hidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
  • Kalau bersolat sunat di masjid amatlah rajin, tapi kalau di rumah sangatlah malas. Sedangkan sebaik-baik solat sunat adalah banyak di lakukan di rumah seperti yang di sarankan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
  • Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakkan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bukan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita??
  • Kalau nak mengerjakan Haji, kebanyakkan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pula. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka di buat kenduri bukan kerana nak bermusafir maka di buat kenduri. Bukankah terbalik amalan kita??atau kita punyai niat n tujuan yang lain?Allahualam..
  • Semua ibu bapa amat bimbang kalau –kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka di hantarlah ke kelas tuisyen walau banyak mana pun belanjanya. Tapi kalau anak-anak tak boleh membaca Al-Quran dan tak pandai solat, tak da pula ibu bapa yang risau dan bimbang sampai nk anta kelas tuisyen blaja agama dgn ustaz o ustazah. Kadang kala yuran tuisyen lebih mahal dari yuran ke kelas agama, tapi demi masa depan lahiriah anak-anak..sanggup je bayar berapa pun..patutnya ibu bapa lebih bimbangkan bab agama anak-anak dari tidak lulus periksa. Ape2 pun seimbangkanlah dunia dan akhirat..
  • Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang dan malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Tak kira lah hujan ribut sekalipun sanggup redah janji tak langgar peraturan syarikat. Tapi ke rumah Allah ( masjid depan mata pun) tak hujan tak panas tak ribut tetap tak de nk melangkah ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah di minta tak nak ke rumahNya segan dan malas.
  • Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk rumah, masya Allah. Sedangkan yang di tuntut seorang itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Amalan terbalik inilah yang membuatkan rumah tangga tidak bahagia dan banyak berlakunya konflik rumah tangga.
 Sekadar berkongsi..Wallahua'lam






Siapakah Kita Sebenarnya??


"Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhansekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengankelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia didalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.


Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaimana.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akandosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasamenumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang,

pertama ; sekiranya ia haid dan kedua ; ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik? 

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka."

10 Laluan untuk Manusia

10 laluan yang bakal dilalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat,
 bagaimana memudahkannya?


 LALUAN MENUJU KE KUBUR
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
 b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
 c. Jangan terpengaruh dengan emas/perak
 d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berak/kencing)

 LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Bersihkan diri dengan bertaubat
 b. Gembirakan hati orang Mu'min
 c. Bayar semula kadha' yang tertinggal
 d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala


 LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Mengucap dua kalimah syahadat
 b. Suka memberi sedekah
 c. Berkata benar
 d. Bersihkan dan perbaiki hati

 LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
 b. Sucikan perkataan dan pakaian
 c.. Bersyukur dengan yang sedikit
 d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

 LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
 b. Pendekkan cita-cita dunia
 c. Banyakkan puji-pujian kepda ALLAH
 d. Banyakkan sedekah dan khairat


LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
 b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
 c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
 d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

 LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Banyakkan membaca al-Quran
 b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
 c. Tinggalkan perkara yang maksiat
 d. Jauhkan segala yang haram

 LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang  boleh
 b. Kasihi orang yang soleh
 c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
 d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

 LALUAN  BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Kasihilah NAbi ALLAH
 b. KAsihilah Rasulluah
 c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
 d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

 LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
 b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
 c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
 d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya


~Jadi renung-renungkan lah,sebelum terlambat dan sebelum kita di jemput oleh Allah,marilah sama-sama kita perbaiki amalan kita,dan bertaubat dari segala dosa yang telah kita lakukan,kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka luas untuk kita..semakin dekat kita pada Allah,semakin dekt jua Allah pada kita..Mati itu tidak mengenal usia tua muda..

Give to receive @ Receive to give?

Rasulullah saw bersabda:
“sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seorang yang di dalam kesusahan nescaya Allah akan mudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seorang hamba selagi ia menolong saudaranya.”


Allah beri kita hidup supaya kita memberi kehidupan dalam hidup orang lain.
Allah beri kita harta supaya kita berkongsi bersama hamba-Nya yang lain.
Allah beri kita akal supaya kita beri buah fikiran pada tempat yang sepatutnya.
Allah beri kita cahaya supaya kita menerangi hidup mereka di sekeliling kita.
Allah beri kita ilmu supaya kita ajarkannya pada insan lain.
Allah beri kita masa supaya kita luangkannya pada jalan-Nya.
~GIVE MORE THAN U RECEIVE~


Takut untuk memberi kerana risau segalanya akan berkurangan?

“Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).” 39:49
“(Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).” 39:52
Percayalah,
apabila kita memberi, kita akan terus menerima.
Malah, akan bertmabah kurniaan dari-Nya.
~WHAT U GIVE U GET BACK~


Kita beri mereka sedekah, Allah panjangkan umur kita,
Kita mengajarkan mereka ilmu, Allah tinggikan kefahaman kita,
Kita luangkan masa kita untuk Islam, Allah kukuhkan kedudukan kita,
Kita kongsikan idea bersama mereka, Allah terus memberi ilham kepada kita...


Tak terhitung nikmat dari-Nya. Marilah kita menjadi hamba yang bersyukur.

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” 16:78

Ikhlaskan niat hanya untuk-Nya, kerana
“Sesiapa yang memberikan pertolongan yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan pertolongan yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”4:85


10 Perkara yang Sia-sia

Assalamualaikum warah matullahi wabarokatuh


 Sedikit perkongsian untuk amal bersama hari ini.


Al-Imam Ibn al-Qayyim berkata:
10 perkara yang sia-sia, tidak boleh diambil apa-apa manfaat daripadanya,


1. Ilmu yang tidak diamalkan


2. Amalan yang tiada keikhlasan padanya


3. Harta yang tidak diinfaq; orang yang mengumpulnya tidak dapat menikmatinya di dunia, di akhirat pula harta itu tidak dapat menyelamatkan pengumpulnya.


4. Hati yang kosong dari perasaan cinta dan rindu kepada Allah


5. Tubuh badan yang tidak digunakan untuk mentaati Allah dan berkhidmat kepada agama-Nya


6. Cinta yang tidak diasaskan pada mencari keredhaan Allah dan mematuhi suruhan-Nya


7. Masa yang tidak digunakan untuk memperbaiki kesilapan lalu atau merebut peluang berbuat kebaikan atau mendekatkan diri kepada Allah


8. Fikiran yang menerawang menjelajahi perkara-perkara yang tidak berfaedah


9. Berkhidmat kepada seseorang atau sesuatu yang tidak mendekatkan kamu kepada Allah dengan perkhidmatan itu serta tidak mendatangkan kebaikan kepada duniamu


10. Kamu takut atau berharap kepada seseorang yang ubun-ubunnya berada di dalam genggaman Allah. Orang yang kamu takut atau berharap itu sendiri terpenjara di dalam kekuasaan-Nya, tidak memiliki kuasa untuk memberi mudarat atau manfaat kepada dirinya, tidak mempunyai kuasa untuk mematikan, menghidupkan dan membangkitkan kembali selepas mati.


~Moga menjadi manfaat bersama-sama. Digalakkan untuk disebarkan. Ilmu itu milik Allah dan harus disebarkan untuk kesejahteraan bersama.

Wednesday, December 15, 2010

Surat Cinta untuk Semua

Hamba-Ku menyombongkan diri terhadap-Ku

padahal Akulah yang melindungi mereka di tempat tidur mereka

Antara-Ku dan jin serta manusia terjadi berita besar :

bahwa Aku yang telah menciptakan mereka

namun yang disembah adalah selainKu

Aku yang memberi rezeki,

namun selain-Ku yang disyukuri

Kebaikan-Ku sentiasa turun kepada hamba-Ku,

tapi kejahatan mereka yang naik kepada-Ku

Aku mencintai mereka dengan memberi ni'mat2 Ku

sedangkan Aku tiada memerlukan mereka

mereka memancing kemurkaan-Ku dengan pelbagai kemaksiatan

padahal mereka adalah yang paling perlu kepada-Ku

Sesiapa yang datang kepada-Ku,

akan Kujemput ia dari kejauhan

Sesiapa yang berpaling dari-Ku,

maka Aku akan memanggilnya dari kejauhan

Sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku,

Aku berikan padanya, lebih dari cukup

Sesiapa yang menginginkan keredhaan-Ku,

Aku pun akan menginginkan apa-apa yang dingininya

Sesiapa yang bertindak dengan mengharapkan kekuatan-Ku,

maka akan Kulunakkan besi baginya

Orang yang mengerjakan maksiat,

tidak akan Kubuat mereka berputus asa dari rahmat-Ku

Jika mereka bertaubat kepada-Ku,

maka Aku akan menjadi kekasih mereka,

sebab Aku mencintai orang yang bertaubat dan mensucikan diri

Jika mereka tidak bertaubat kepadaku,

maka Aku akan menjadi tabib bagi mereka,

Aku berikan cubaan untuk membersihkan mereka dari pelbagai aib

Dan sesiapa yang lebih mementingkanKu dari selain-Ku,

maka Aku akan lebih mementingkannya dari orang lain 

Satu kebaikan di sisi-Ku adalah senilai sepuluh kali ganda yang sepertinya,

hingga tujuh ratus kali ganda,

hingga gandaan yang sangat banyak

Sedangkan kejahatan di sisi-Ku,

adalah bernilai satu

Maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun,

Aku pun mengampuninya Aku mensyukuri amal kebaikan yang sedikit,

dan mengampuni banyak kesalahan

Kasih sayang-Ku mendahului murka-Ku

Sifat penyantun-Ku mendahului keputusan-Ku menjatuhkan hukuman

Pemberian maaf-Ku lebih mendahului siksa-KU ..

Aku lebih pengasih kepada hamba-hamba-Ku,

daripada kasih sayang ibu kepada anaknya... "

<3 ALLAH <3