BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 27, 2011

Apakah Ubat Penyakit Dosa ??

Bismillahirrahmanirrahim...

 hmm...setiap penyakit pasti ada ubatnya kan??
erm,mcmmane pulak ubat bagi penyakit dosa ni yer??
nak tahu tak??
mari ana nak ceritakan...

mula2,seseorang tu hendaklah tinggal dikebun IMAN.
kemudian,dia kena ambil akar2 NIAT dan bijirin PENYESALAN didlm kebun itu.
Lepas tu,ambil pula daun2 MEMPERBAIKI DIRI dan AZAM,
taburlah biji WARAK,buah FEQAH,dahan2 YAKIN,
saripati IKHLAS,dan kulitnya IJTIHAD.

hehehe...langkah seterusnya,
seseorang itu perlu ambil akar2 TAWAKAL,sempurnakan dgn IKTIBAR,
minumannya air TAUBAT dan ubat TAWADHU'.
Ubat2 itu hendaklah diambil oleh hati yg WASPADA,HADIR dan FAHAM.
Peganglah TAUFIK,kemudian ditempatkan didlm bekas TAHKIK dan
hendaklah dibasuh dgn AIR MATA.

Lepas itu,letakkan didlm periuk HARAPAN,kemudian nyalakan api RINDU
dibawahnya sehingga timbullah buih2 NIKMAT yg banyak.
Setelah masak,tuangkan ia didalam dulang REDHA dan
kipaslah dgn ISTIGHFAR.

Dengan demikian,engkau akan mendapat minuman yg sngt
jernih,asli,dan sedap.
Akhirnya,minumlah air itu ditempat yg sunyi yg
tidak seorang pun melihatnya melainkan Allah SWT.
Dengan cara itu,seseorang boleh mengubat dosanya
sehingga sembuh dan habis terkikis...





Wallahua'lam.... (^_^)<3

Saturday, February 19, 2011

Erti Persahabatan

Bismillahirrahmanirrahim...


Dalam dunia ini,kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dlm kita bersendiri,kita beruntung kerana mempunyai
seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat,begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tntg harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita,itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela
diri.
Kita terlupa,kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,
kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan,'memaksa' dia menerima alasan kita.
Waktu itu,terfikirkah kita tentang perasaannya ???
Seperti kita,dia juga tahu rasa kecewa,tetapi kita sering
terlupa.Untungnya mempunyai seorang sahabat yg
sentiasa disisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa
dan ketakutan,harapan dan impian kita luahkan,
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang
diri kita hingga terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin
dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya ???
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia
pernah menyabarkan kita ??
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan
dan berita gembiranya ??
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita
merasa kecewa dan menyerah kalah ??

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila
terasa lemah,agar tidak rebah ??
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan??
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hnya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita,
kerana dia juga seorang manusia,dia juga ada rasa takut,
ada rasa...bimbang,sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan sahabat
sebagai kekuatan.
Jadilah kita sahabatnya itu.Kita selalu melihatnya ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,mungkin bnyk cerita sedih yg
ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin
tersimpan seribu kekalutan.
Kita tidak tahu....tetapi,jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu....Renungilah~



*Terima kasih padamu sahabatku...maafkanlah diriku
  kerana selalu tersilap tafsir terhadap dirimu...Sayang kamu sahabatku...